| Lantana Camara/ Pokok Bunga Tahi Ayam |
Terdapat beberapa perdu pokok lantana yang hidup secara meliar di padang ragut tempat WP menternak lembu.Pokok lantana liar ini rajin berbunga dan berbuah serta cepat merebak sebab ternakan lembu dan kambing tidak merosakkan atau memakan daun serta pokok lantana ini. Daunnya yang berbulu dan berasa kasar dikatakan beracun dan tidak dimakan oleh haiwan ternakan atau serangga perosak. Pokok ini sukar dihapuskan kerana mempunyai batang berkayu yang keras dan mudah mengeluarkan akar bila terletak di atas tanah. Buah matangnya juga mengandungi biji benih yang mudah tumbuh.
CIRI-CIRI POKOK BUNGA TAHI AYAM
i. Bunga Lantana yang cantik dan menarik mempunyai pelbagai warna yang cantik.
ii. Seperdu pokok lantana yang tumbuh di padang ragut.
Rajin berbunga dan berbuah.
iii. Daun dan bunganya tidak digemari oleh serangga perosak
dan haiwan ternakan.
iv. Mempunyai daun yang kasar dan berbulu.
v. Pelbagai peringkat pembungaan
vi. Mengeluarkan pelbagai warna bunga .
vii. Bunga yang terdebunga akan menghasilkan buah.
viii.Pokok buah yang mengandungi biji benih.
Pokok bunga lantana atau tahi ayam ini juga dikatakan mengandungi nilai herba. Daunnya boleh digunakan sebagai bahan perawatan luka atau kudis, meredakan bengkak dan digunakan untuk mengurangkan sengal-sengal sendi dengan cara meramas dan menampalkannya pada bahagian yang sakit.
Sumber : ( http://warisanpetani.blogspot.com/2016/11/pokok-lantana-aka-pokok-bunga-tahi-ayam.html )
No comments:
Post a Comment