Tuesday, 17 May 2022

KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

KELADI ULAR
Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba


Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, keladi rimau, keladi cali, keladi hitam, keladi cantik, keladi candik atau keladi merbah dengan nama saintifiknya  Alocasia longiloba merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga keladi.


GAMBARAN

Pokok ini mempunyai batang tak nyata, rizom atau ubi terbenam dalam tanah dan akar yang berselirat. Tangkai daunnya tumbuh menegak, licin berdebu, mempunyai keratan rentas bulat serta bersambung sempurna dengan daun yang berwarna gelap. Tangkai daun tersebut bersambung di celah belahan atas daun dengan urat daun berwarna hijau cerah bersusun seperti tulang ikan.

Daunnya pula berbentuk kepala anak panah berwarna hijau gelap tajam di bahagian bawah dan bercabang tumpul di atas.

Sumber : (  https://ms.wikipedia.org/wiki/Alocasia_longiloba  )



HIBISCUS ROSA/BUNGA RAYA

BUNGA RAYA
Hibiscus Rosa/ Bunga Raya



Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.


Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  


Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


KEGUNAAN DAN KHASIAT BUNGA RAYA 

Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.


I. JAGA RAMBUT MENGGUNAKAN BUNGA RAYA

Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya Vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang.

Malah ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.

Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya,bunga-bunga itu dikeringkan,dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk di sapu di kulit kepala.


II. MERAWAT DEMAM DAN SEMBELIT 

Sejak dulu lagi,bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza  sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan.

Contohnya,orang mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.

Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya,demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika , kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.

Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ia adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.


III. MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL

Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi populer sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

Sebatian bioflovonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolestrol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.


IV. KHASIAT BUNGA RAYA DALAM MEMBANTU 

Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan.

Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

Apabila seseorang mengambil tertlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat ,mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan.

Seseorang yang kerap meminum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan.jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleeh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan .


V. MENINGKATKAN SISTEM IMUN 

selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:

  • 1.145 g protein
  • 2.61 g lemak
  • 12.0 g serat
  • 1,263 mg kalsium
  • 273.2 mg fosforus
  • 8.98 mg besi
  • 0.029 mg karotena
  • 0.117 mg tiin
  • 0.277 mg riboflavin
  • 3.765 m niasin

Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Sumber : ( https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/herba-manfaat-penggunaannya/ )





CORDYLINE FRUTICOSA/POKOK DAUN JENJUANG

pokok jenjuang (2)
Cordyline Fruticosa/ Pokok Daun Jenjuang 



Pokok Jenjuang atau nama saintifiknya Cordyline fruticosa tergolong dalam famili Asparagaceae (sama famili dengan pokok Dracaena spp). Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Kultivar pokok jenjuang yang biasa dijumpai adalah daun yang berwarna merah dan hijau.

Pokok Jenjuang mempunyai daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, memanjang, bentuk membujur atau mata lembing. Pembiakan pokok Jenjuang sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Cara penjagaan pun sangat mudah kerana pokok ini sangat tahan lasak.

Sumber : ( http://fazlisyam.com/pokok-jenjuang/ )


POKOK DAUN JENJUANG

Pokok renek,batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi , tidak banyak cabang. Akarnya kembung menjadi ubi. Daun ringkas dalam susunan berpilin,bentuk memanjang,membujur atau membentuk mata lembing sepanjang 45 sm 7.5 - 15 sm lebar,tangkai daun panjang ,leper. Ada jenis daun berwarna hijau dan ada daun berwarna merah, merah jambu , ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Jenjuang spesism merupakan tumbuhan asli di Asia Tropika ,Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan di Polinesia. Ia ditanam di serata negara. 


KANDUNGAN 

Ubi- Kanji 

Seluruh bahagian - Tanin ( Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan,mengatasi bengkak atau radang , menyembuhkan luka,lecur dan terbakar serta melegakan mata yang teralu letih 


KAEDAH PENBIAKAN 

Ditanam menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun.


AKAR 

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,cirit-birit,disentri,kencing berdarah,kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.


BUNGA

Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.


DAUN

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,disentri,demam panas,kencing berdarah dan perit ,kurang ataupun tiada haid , penyakit di dalam ginjal,tibi dalam paru-paru,sakit kepala dan radang usus.

Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.

Daun segar ditumbuk lumat,cecairnya diperah dan dititiskan  pada luka dan lebam. Daun segar yang ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar dan ditampal pada bisul,kudis,kudis cacar dan sakit sendi.


KAYU 

Kulitnya dikikis halus-halus ,dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.

Sumber : ( http://annanocahrabbit.blogspot.com/2011/04/diet-rabbit-daun-jenjuang-1-perkongsian.html )




LANTANA CAMARA / POKOK BUNGA TAHI AYAM

MOSS-ROSE (2)
Lantana Camara/ Pokok Bunga Tahi Ayam 



Terdapat beberapa perdu pokok lantana yang hidup secara meliar di padang ragut tempat WP menternak lembu.Pokok lantana liar ini rajin berbunga dan berbuah serta cepat merebak sebab ternakan lembu dan kambing tidak merosakkan atau memakan daun serta pokok lantana ini. Daunnya yang berbulu dan berasa kasar dikatakan beracun dan tidak dimakan oleh haiwan ternakan atau serangga perosak. Pokok ini sukar dihapuskan kerana mempunyai batang berkayu yang keras dan mudah mengeluarkan akar bila terletak di atas tanah. Buah matangnya juga mengandungi biji benih yang mudah tumbuh.


CIRI-CIRI POKOK BUNGA TAHI AYAM 


i.    Bunga Lantana yang cantik dan menarik mempunyai pelbagai warna yang cantik.

ii.   Seperdu pokok lantana yang tumbuh di padang ragut.

      Rajin berbunga dan berbuah.

 iii. Daun dan bunganya tidak digemari oleh serangga perosak

      dan haiwan ternakan.

 iv. Mempunyai daun yang kasar dan berbulu.

v.   Pelbagai peringkat pembungaan

vi.  Mengeluarkan pelbagai warna bunga .

vii. Bunga yang terdebunga akan menghasilkan buah.

viii.Pokok buah yang mengandungi biji benih.

 

Pokok bunga lantana atau tahi ayam ini juga dikatakan mengandungi nilai herba. Daunnya boleh digunakan sebagai bahan perawatan luka atau kudis, meredakan bengkak dan digunakan untuk mengurangkan sengal-sengal sendi dengan cara meramas dan menampalkannya pada bahagian yang sakit.

Sumber : ( http://warisanpetani.blogspot.com/2016/11/pokok-lantana-aka-pokok-bunga-tahi-ayam.html )



ASPLENIUM NIDUS / POKOK PAKU LANGSUIR

POKOK DAUN SEMUN
Asplenium Nidus/ Pokok Paku Langsuir



Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.


Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Kalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi  untuk hidup sihat dan subur.

Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.


Cara Pembiakan Pokok Paku Langsuir

Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok. 


Sumber : ( https://www.azhafizah.com/2020/07/asplenium-variegated-pokok-paku-langsuir.html )




PEACE LILY/BUNGA LILI PERDAMAIAN

peace lily (2)
Peace Lily/ Bunga Lili Perdamaian 



Tumbuhan dengan nama saintifik Spathiphyllum itu, kadangkala dipanggil Lili Pasu kerana ia bukan seperti tumbuhan lili atau bakung yang lain.

Peace Lily sesuai ditanam di dalam rumah. Ia bukan setakat indah dipandang, malah ia juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Menurut laman Rolling Nature, berikut ini adalah antara manfaatnya:

i. TINGKATKAN MUTU UDARA

Peace Lily mampu mewujudkan suasana yang tenang dan menyihatkan.

Ia boleh meningkatkan mutu udara dalam rumah sehingga 60 peratus.


ii. SERAP RACUN DARI UDARA

Peace lily diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu tanaman yang membersihkan udara dengan baik.

Ia boleh menyerap fomaldehida,benzena dan karbon monoksida. Ini selain berkesan meneutralkan bau-bauan tidak sedap daripada asap rokok,kucing dan cat.


iii. TIDUR LEBIH NYENYAK 

Formaldehida boleh menyebabkan sakit tekak,tidur terganggu dan sakit kepala.

Ia terdapat pada permaidani, cat dan varnis kayu menurut laman Rolling Nature. Maka,Peace Lily dipercayai dapat membantu menyerap racun formaldehida sekaligus meningkatkan mutu tidur.


iv. SERAP KULAT DAN BAKTERIA BERBAHAYA

Peace Lily juga dikatakan dapat menyerap kulat atau bakteria di ruang udara yang boleh membahayakan kesihatan.


v. SERAP ION POSITIF 

Peace Lily cukup berkesan untuk menyerap ion positif daripada peralatan elektrik, seperti yang terdapat pada komputer dan televisyen, yang juga boleh menjejas kesihatan tubuh badan, lapor Rolling Plants seperti yang dipetik Merdeka.


vi. BAIK UNTUK PESAKIT BARAH

Tumbuhan Peace Lily dipercayai mengandungi elemen-elemen 'rawatan' untuk boleh menenangkan radiasi akibat rawatan yang dijalani pesakit barah, lapor laman Rolling Nature, seperti yang dipetik oleh Merdeka.Penjagaan Peace Lily juga mudah kerana ia tidak memerlukan cahaya matahari secara langsung. Ini kerana ia boleh merosakkan daun-daunnya.Maka, tempat yang baik adalah di dalam rumah dengan cahaya yang sederhana, lapor Rolling Nature. 



EUPHORBIA MILI/ BUNGA SRI REZEKI

photo_2021-10-01_15-13-11 (2)
Euphorbia/ Bunga Sri Rezeki



Nama Tempatan : Mahkota Berduri 

Nama Saintifik : Euphorbia Mili

Sinonim: Euphorbia Splendens

Famili: euphorbiaceae


Info Flora :


  • Tanaman dari famili Euphorbiaceae memiliki batang berduri. Jaringan xylemnya mengeluarkan eksudat putih disebut dengan getah susu (milky sap).
  • Daun E. milii berbentuk oval dengan ukuran bervariasi menurut hibrida dan kultivar. Bunganya kecil berwarna kuning dengan cyathia bewarna warni sebagai hasil dari hibridasi.
  • Umumnya  tanaman ini memiliki bunga sejati yang sempurna dengan organ seksual jantan dan betina yang lengkap. Namun, ada juga yang memilki bunga yang tidak sempurna yang tidak memiliki organ seksual dan bersifat steril, sehingga tidak dapat digunakan untuk perbanyakan generatif.
  • Beberapa kultivar memiliki bunga yang keseluruhannya merupakan bunga yang tidak sempurna. 
  • Adapula tanaman yang sebagian bunganya merupakan bunga sempurna dan beberapa kondisi tumbuh bunga yang tidak sempurna.
  • Mudah beradaptasi, meskipun tumbuhan ini menyukai cuaca dan udara yang panas ia mampu bertahan hidup pada lokasi dengan suhu rendah.
  • Sebelum menanam bunga Euphorbia anda harus mengetahui sifatnya yakni:

i.  Euphorbia tidak terlalu menyukai air namun dalam proses pertumbuhannya tetap memerlukan air. Sebab Euphorbia menyimpan cadangan air pada bagian batang sehingga boleh bertahan hidup di tanah yang kering dan tandus.

ii.  Suka dengan media porous sehingga sebaiknya ditanam pada tanah mudah mengalirkan air dan kaya denga unsur nutrisinya.

iii. Seperti habitat aslinya iaitu tanah yang tandus dan panas, bunga ini menyukai lokasi yang mendapat sinar matahari penuh paling tidak sekitar 8 jam sehari. Jika euphorbia kekurangan sinar matahari hingga 70% maka ia boleh melambatkan pertumbuhannya.


Info-khasiat Pokok Euphorbia

Pendarahan Rahim

Bunga sebanyak 10-15 kuntum direbus dengan 50 gram daging sapi tanpa lemak. Kudapan itu boleh dimakan sebagai sup.

Hepatitis

Pucuk batang yang masih segar (9-15 g), diiris tipis dan direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Air rebusan tersebut boleh diminum dengan madu.

Luka Bakar

Daun dan batang direbus dengan air sampai mendidih, setelah dingin digunakan sebagai pengompres.- tuaman.

Bisul

Batang diiris tipis dan dibakar dan ditempelkan pada bisul.

Sumber ( http://fuziahsulaiman.blogspot.com/2018/01/jom-kenali-flora-mahkota-berduri.html )



KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, kelad...