Tuesday, 17 May 2022

CORDYLINE FRUTICOSA/POKOK DAUN JENJUANG

pokok jenjuang (2)
Cordyline Fruticosa/ Pokok Daun Jenjuang 



Pokok Jenjuang atau nama saintifiknya Cordyline fruticosa tergolong dalam famili Asparagaceae (sama famili dengan pokok Dracaena spp). Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Kultivar pokok jenjuang yang biasa dijumpai adalah daun yang berwarna merah dan hijau.

Pokok Jenjuang mempunyai daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, memanjang, bentuk membujur atau mata lembing. Pembiakan pokok Jenjuang sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Cara penjagaan pun sangat mudah kerana pokok ini sangat tahan lasak.

Sumber : ( http://fazlisyam.com/pokok-jenjuang/ )


POKOK DAUN JENJUANG

Pokok renek,batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi , tidak banyak cabang. Akarnya kembung menjadi ubi. Daun ringkas dalam susunan berpilin,bentuk memanjang,membujur atau membentuk mata lembing sepanjang 45 sm 7.5 - 15 sm lebar,tangkai daun panjang ,leper. Ada jenis daun berwarna hijau dan ada daun berwarna merah, merah jambu , ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Jenjuang spesism merupakan tumbuhan asli di Asia Tropika ,Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan di Polinesia. Ia ditanam di serata negara. 


KANDUNGAN 

Ubi- Kanji 

Seluruh bahagian - Tanin ( Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan,mengatasi bengkak atau radang , menyembuhkan luka,lecur dan terbakar serta melegakan mata yang teralu letih 


KAEDAH PENBIAKAN 

Ditanam menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun.


AKAR 

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,cirit-birit,disentri,kencing berdarah,kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.


BUNGA

Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.


DAUN

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,disentri,demam panas,kencing berdarah dan perit ,kurang ataupun tiada haid , penyakit di dalam ginjal,tibi dalam paru-paru,sakit kepala dan radang usus.

Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.

Daun segar ditumbuk lumat,cecairnya diperah dan dititiskan  pada luka dan lebam. Daun segar yang ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar dan ditampal pada bisul,kudis,kudis cacar dan sakit sendi.


KAYU 

Kulitnya dikikis halus-halus ,dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.

Sumber : ( http://annanocahrabbit.blogspot.com/2011/04/diet-rabbit-daun-jenjuang-1-perkongsian.html )




No comments:

Post a Comment

KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, kelad...