Tuesday, 17 May 2022

HIBISCUS ROSA/BUNGA RAYA

BUNGA RAYA
Hibiscus Rosa/ Bunga Raya



Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.


Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  


Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


KEGUNAAN DAN KHASIAT BUNGA RAYA 

Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.


I. JAGA RAMBUT MENGGUNAKAN BUNGA RAYA

Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya Vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang.

Malah ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.

Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya,bunga-bunga itu dikeringkan,dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk di sapu di kulit kepala.


II. MERAWAT DEMAM DAN SEMBELIT 

Sejak dulu lagi,bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza  sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan.

Contohnya,orang mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.

Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya,demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika , kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.

Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ia adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.


III. MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL

Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi populer sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

Sebatian bioflovonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolestrol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.


IV. KHASIAT BUNGA RAYA DALAM MEMBANTU 

Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan.

Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

Apabila seseorang mengambil tertlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat ,mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan.

Seseorang yang kerap meminum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan.jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleeh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan .


V. MENINGKATKAN SISTEM IMUN 

selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:

  • 1.145 g protein
  • 2.61 g lemak
  • 12.0 g serat
  • 1,263 mg kalsium
  • 273.2 mg fosforus
  • 8.98 mg besi
  • 0.029 mg karotena
  • 0.117 mg tiin
  • 0.277 mg riboflavin
  • 3.765 m niasin

Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Sumber : ( https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/herba-manfaat-penggunaannya/ )





No comments:

Post a Comment

KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, kelad...