Tuesday, 17 May 2022

KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

KELADI ULAR
Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba


Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, keladi rimau, keladi cali, keladi hitam, keladi cantik, keladi candik atau keladi merbah dengan nama saintifiknya  Alocasia longiloba merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga keladi.


GAMBARAN

Pokok ini mempunyai batang tak nyata, rizom atau ubi terbenam dalam tanah dan akar yang berselirat. Tangkai daunnya tumbuh menegak, licin berdebu, mempunyai keratan rentas bulat serta bersambung sempurna dengan daun yang berwarna gelap. Tangkai daun tersebut bersambung di celah belahan atas daun dengan urat daun berwarna hijau cerah bersusun seperti tulang ikan.

Daunnya pula berbentuk kepala anak panah berwarna hijau gelap tajam di bahagian bawah dan bercabang tumpul di atas.

Sumber : (  https://ms.wikipedia.org/wiki/Alocasia_longiloba  )



HIBISCUS ROSA/BUNGA RAYA

BUNGA RAYA
Hibiscus Rosa/ Bunga Raya



Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.


Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  


Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


KEGUNAAN DAN KHASIAT BUNGA RAYA 

Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.


I. JAGA RAMBUT MENGGUNAKAN BUNGA RAYA

Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya Vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang.

Malah ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.

Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya,bunga-bunga itu dikeringkan,dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk di sapu di kulit kepala.


II. MERAWAT DEMAM DAN SEMBELIT 

Sejak dulu lagi,bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza  sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan.

Contohnya,orang mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.

Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya,demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika , kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.

Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ia adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.


III. MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL

Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi populer sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

Sebatian bioflovonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolestrol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.


IV. KHASIAT BUNGA RAYA DALAM MEMBANTU 

Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan.

Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

Apabila seseorang mengambil tertlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat ,mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan.

Seseorang yang kerap meminum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan.jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleeh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan .


V. MENINGKATKAN SISTEM IMUN 

selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:

  • 1.145 g protein
  • 2.61 g lemak
  • 12.0 g serat
  • 1,263 mg kalsium
  • 273.2 mg fosforus
  • 8.98 mg besi
  • 0.029 mg karotena
  • 0.117 mg tiin
  • 0.277 mg riboflavin
  • 3.765 m niasin

Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Sumber : ( https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/herba-manfaat-penggunaannya/ )





CORDYLINE FRUTICOSA/POKOK DAUN JENJUANG

pokok jenjuang (2)
Cordyline Fruticosa/ Pokok Daun Jenjuang 



Pokok Jenjuang atau nama saintifiknya Cordyline fruticosa tergolong dalam famili Asparagaceae (sama famili dengan pokok Dracaena spp). Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Kultivar pokok jenjuang yang biasa dijumpai adalah daun yang berwarna merah dan hijau.

Pokok Jenjuang mempunyai daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, memanjang, bentuk membujur atau mata lembing. Pembiakan pokok Jenjuang sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Cara penjagaan pun sangat mudah kerana pokok ini sangat tahan lasak.

Sumber : ( http://fazlisyam.com/pokok-jenjuang/ )


POKOK DAUN JENJUANG

Pokok renek,batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi , tidak banyak cabang. Akarnya kembung menjadi ubi. Daun ringkas dalam susunan berpilin,bentuk memanjang,membujur atau membentuk mata lembing sepanjang 45 sm 7.5 - 15 sm lebar,tangkai daun panjang ,leper. Ada jenis daun berwarna hijau dan ada daun berwarna merah, merah jambu , ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Jenjuang spesism merupakan tumbuhan asli di Asia Tropika ,Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan di Polinesia. Ia ditanam di serata negara. 


KANDUNGAN 

Ubi- Kanji 

Seluruh bahagian - Tanin ( Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan,mengatasi bengkak atau radang , menyembuhkan luka,lecur dan terbakar serta melegakan mata yang teralu letih 


KAEDAH PENBIAKAN 

Ditanam menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun.


AKAR 

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,cirit-birit,disentri,kencing berdarah,kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.


BUNGA

Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.


DAUN

Air rebusan diminum untuk merawat batuk,batuk berdarah,disentri,demam panas,kencing berdarah dan perit ,kurang ataupun tiada haid , penyakit di dalam ginjal,tibi dalam paru-paru,sakit kepala dan radang usus.

Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.

Daun segar ditumbuk lumat,cecairnya diperah dan dititiskan  pada luka dan lebam. Daun segar yang ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar dan ditampal pada bisul,kudis,kudis cacar dan sakit sendi.


KAYU 

Kulitnya dikikis halus-halus ,dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.

Sumber : ( http://annanocahrabbit.blogspot.com/2011/04/diet-rabbit-daun-jenjuang-1-perkongsian.html )




LANTANA CAMARA / POKOK BUNGA TAHI AYAM

MOSS-ROSE (2)
Lantana Camara/ Pokok Bunga Tahi Ayam 



Terdapat beberapa perdu pokok lantana yang hidup secara meliar di padang ragut tempat WP menternak lembu.Pokok lantana liar ini rajin berbunga dan berbuah serta cepat merebak sebab ternakan lembu dan kambing tidak merosakkan atau memakan daun serta pokok lantana ini. Daunnya yang berbulu dan berasa kasar dikatakan beracun dan tidak dimakan oleh haiwan ternakan atau serangga perosak. Pokok ini sukar dihapuskan kerana mempunyai batang berkayu yang keras dan mudah mengeluarkan akar bila terletak di atas tanah. Buah matangnya juga mengandungi biji benih yang mudah tumbuh.


CIRI-CIRI POKOK BUNGA TAHI AYAM 


i.    Bunga Lantana yang cantik dan menarik mempunyai pelbagai warna yang cantik.

ii.   Seperdu pokok lantana yang tumbuh di padang ragut.

      Rajin berbunga dan berbuah.

 iii. Daun dan bunganya tidak digemari oleh serangga perosak

      dan haiwan ternakan.

 iv. Mempunyai daun yang kasar dan berbulu.

v.   Pelbagai peringkat pembungaan

vi.  Mengeluarkan pelbagai warna bunga .

vii. Bunga yang terdebunga akan menghasilkan buah.

viii.Pokok buah yang mengandungi biji benih.

 

Pokok bunga lantana atau tahi ayam ini juga dikatakan mengandungi nilai herba. Daunnya boleh digunakan sebagai bahan perawatan luka atau kudis, meredakan bengkak dan digunakan untuk mengurangkan sengal-sengal sendi dengan cara meramas dan menampalkannya pada bahagian yang sakit.

Sumber : ( http://warisanpetani.blogspot.com/2016/11/pokok-lantana-aka-pokok-bunga-tahi-ayam.html )



ASPLENIUM NIDUS / POKOK PAKU LANGSUIR

POKOK DAUN SEMUN
Asplenium Nidus/ Pokok Paku Langsuir



Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.


Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Kalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi  untuk hidup sihat dan subur.

Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.


Cara Pembiakan Pokok Paku Langsuir

Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok. 


Sumber : ( https://www.azhafizah.com/2020/07/asplenium-variegated-pokok-paku-langsuir.html )




PEACE LILY/BUNGA LILI PERDAMAIAN

peace lily (2)
Peace Lily/ Bunga Lili Perdamaian 



Tumbuhan dengan nama saintifik Spathiphyllum itu, kadangkala dipanggil Lili Pasu kerana ia bukan seperti tumbuhan lili atau bakung yang lain.

Peace Lily sesuai ditanam di dalam rumah. Ia bukan setakat indah dipandang, malah ia juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Menurut laman Rolling Nature, berikut ini adalah antara manfaatnya:

i. TINGKATKAN MUTU UDARA

Peace Lily mampu mewujudkan suasana yang tenang dan menyihatkan.

Ia boleh meningkatkan mutu udara dalam rumah sehingga 60 peratus.


ii. SERAP RACUN DARI UDARA

Peace lily diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu tanaman yang membersihkan udara dengan baik.

Ia boleh menyerap fomaldehida,benzena dan karbon monoksida. Ini selain berkesan meneutralkan bau-bauan tidak sedap daripada asap rokok,kucing dan cat.


iii. TIDUR LEBIH NYENYAK 

Formaldehida boleh menyebabkan sakit tekak,tidur terganggu dan sakit kepala.

Ia terdapat pada permaidani, cat dan varnis kayu menurut laman Rolling Nature. Maka,Peace Lily dipercayai dapat membantu menyerap racun formaldehida sekaligus meningkatkan mutu tidur.


iv. SERAP KULAT DAN BAKTERIA BERBAHAYA

Peace Lily juga dikatakan dapat menyerap kulat atau bakteria di ruang udara yang boleh membahayakan kesihatan.


v. SERAP ION POSITIF 

Peace Lily cukup berkesan untuk menyerap ion positif daripada peralatan elektrik, seperti yang terdapat pada komputer dan televisyen, yang juga boleh menjejas kesihatan tubuh badan, lapor Rolling Plants seperti yang dipetik Merdeka.


vi. BAIK UNTUK PESAKIT BARAH

Tumbuhan Peace Lily dipercayai mengandungi elemen-elemen 'rawatan' untuk boleh menenangkan radiasi akibat rawatan yang dijalani pesakit barah, lapor laman Rolling Nature, seperti yang dipetik oleh Merdeka.Penjagaan Peace Lily juga mudah kerana ia tidak memerlukan cahaya matahari secara langsung. Ini kerana ia boleh merosakkan daun-daunnya.Maka, tempat yang baik adalah di dalam rumah dengan cahaya yang sederhana, lapor Rolling Nature. 



EUPHORBIA MILI/ BUNGA SRI REZEKI

photo_2021-10-01_15-13-11 (2)
Euphorbia/ Bunga Sri Rezeki



Nama Tempatan : Mahkota Berduri 

Nama Saintifik : Euphorbia Mili

Sinonim: Euphorbia Splendens

Famili: euphorbiaceae


Info Flora :


  • Tanaman dari famili Euphorbiaceae memiliki batang berduri. Jaringan xylemnya mengeluarkan eksudat putih disebut dengan getah susu (milky sap).
  • Daun E. milii berbentuk oval dengan ukuran bervariasi menurut hibrida dan kultivar. Bunganya kecil berwarna kuning dengan cyathia bewarna warni sebagai hasil dari hibridasi.
  • Umumnya  tanaman ini memiliki bunga sejati yang sempurna dengan organ seksual jantan dan betina yang lengkap. Namun, ada juga yang memilki bunga yang tidak sempurna yang tidak memiliki organ seksual dan bersifat steril, sehingga tidak dapat digunakan untuk perbanyakan generatif.
  • Beberapa kultivar memiliki bunga yang keseluruhannya merupakan bunga yang tidak sempurna. 
  • Adapula tanaman yang sebagian bunganya merupakan bunga sempurna dan beberapa kondisi tumbuh bunga yang tidak sempurna.
  • Mudah beradaptasi, meskipun tumbuhan ini menyukai cuaca dan udara yang panas ia mampu bertahan hidup pada lokasi dengan suhu rendah.
  • Sebelum menanam bunga Euphorbia anda harus mengetahui sifatnya yakni:

i.  Euphorbia tidak terlalu menyukai air namun dalam proses pertumbuhannya tetap memerlukan air. Sebab Euphorbia menyimpan cadangan air pada bagian batang sehingga boleh bertahan hidup di tanah yang kering dan tandus.

ii.  Suka dengan media porous sehingga sebaiknya ditanam pada tanah mudah mengalirkan air dan kaya denga unsur nutrisinya.

iii. Seperti habitat aslinya iaitu tanah yang tandus dan panas, bunga ini menyukai lokasi yang mendapat sinar matahari penuh paling tidak sekitar 8 jam sehari. Jika euphorbia kekurangan sinar matahari hingga 70% maka ia boleh melambatkan pertumbuhannya.


Info-khasiat Pokok Euphorbia

Pendarahan Rahim

Bunga sebanyak 10-15 kuntum direbus dengan 50 gram daging sapi tanpa lemak. Kudapan itu boleh dimakan sebagai sup.

Hepatitis

Pucuk batang yang masih segar (9-15 g), diiris tipis dan direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Air rebusan tersebut boleh diminum dengan madu.

Luka Bakar

Daun dan batang direbus dengan air sampai mendidih, setelah dingin digunakan sebagai pengompres.- tuaman.

Bisul

Batang diiris tipis dan dibakar dan ditempelkan pada bisul.

Sumber ( http://fuziahsulaiman.blogspot.com/2018/01/jom-kenali-flora-mahkota-berduri.html )



MEXICAN PETUNIA/BUNGA REULLIA /KENCANA

photo_2021-10-01_16-07-56 (2)
Mexican Petunia/ Bunga Reullia/ Kencana 



Nama bunga ruellia mungkin kurang familiar di telinga masyarakat tanah air. Namun ketika melihat bunganya, hampir semua orang pasti sangat mengenal ruellia yang juga disebut bunga kencana ini. 

Pasalnya, biji bunga kencana dulu sangat sering digunakan bermain oleh anak anak karena bisa memberikan sensasi meledak.


LEBIH DEKAT DENGAN BUNGA RUELLIA

Bunga kencana atau ruellia berasal dari keluarga acanthaceae, yang sebenarnya merupakan bunga liar dan begitu mudah dijumpai di padang rumput maupun pinggir jalan. 

Terlebih di daerah tropis seperti Indonesia, kencana bisa tumbuh dengan begitu subur. Bunganya sendiri ada yang berwarna putih, merah, biru, dan ungu.

Namun yang paling sering ditemukan adalah kencana ungu atau ruellia simplex, yang mana jenis ini pula yang terkenal memiliki buah kering dengan sensasi meledak atau meletup apabila diletakkan di dalam air. 

Itulah mengapa anak anak zaman dahulu sering menyebutnya sebagai pletekan, pletikan, ceplesan, dan lain sebagainya.

Tanaman liar yang mudah berbunga tanpa memandang musim ini begitu populer dijadikan sebagai tanaman hias. Sebab selalu berbunga sepanjang tahun, sehingga membuat rumah terus tampak indah ketika memilikinya. 

Terlebih penanaman dan perawatan bunga ruellia terbilang sangat mudah, ditambah dengan manfaatnya yang begitu banyak untuk kesehatan.

Baca Juga: Mengenal Bunga Camelia - Ciri, Arti, Makna Filosofis, dan Jenisnya


MANFAAT BUNGA RUELLIA

1. Mengobati Batuk

Batuk menjadi salah satu penyakit yang paling banyak menghampiri masyarakat, terutama ketika cuaca sedang tidak menentu atau pada saat perubahan musim. 

Meski terlihat cukup ringan, namun batuk bisa begitu mengganggu aktivitas. Oleh karena itu, kencana ungu ini bisa dimanfaatkan untuk mengatasinya. Caranya yaitu dengan mengkonsumsi air rebusan bunga kencana secara rutin.


2. Menormalkan Gula Darah

Selain mengobati batuk, bagian daun dari kencana ungu bisa digunakan untuk membantu menormalkan kadar gula darah di dalam tubuh. Ini tentu sangat berguna bagi para penderita diabetes yang memiliki kadar gula darah tinggi. 

Cara memanfaatkannya tidak jauh berbeda, yaitu dengan merebus daun kencana dengan air secukupnya kemudian saring dan diminum.


3. Mencegah Hipertensi

Manfaat bunga ruellia berikutnya yaitu dapat membantu mencegah hipertensi. Untuk fungsi satu ini, yang digunakan adalah bagian bunga. Gunakan kurang lebih 12 bunga segar dari ruellia untuk direbus bersama dengan satu liter air. 

Setelah mendidih, saring dan minum air rebusan bunga tersebut pada pagi hari dan sore hari. Selain ketiga manfaat ini, sebenarnya banyak sekali manfaat lainnya dari ruellia sehingga bunga ini disebut pula sebagai tanaman herbal atau sebagai obat. 

Kendati demikian, penggunaan ruellia juga harus hati hati. Sebaiknya jangan pernah menggunakan tanaman yang anda petik di jalan, karena beberapa diketahui juga beracun.


CARA MENANAM BUNGA KENCANA

Seperti yang telah disebutkan, ruellia merupakan tanaman liar yang bisa tumbuh bahkan di pinggir jalan. Jadi cara menanam bunga satu ini tentu sangat mudah, bahkan memperbanyaknya juga tidak sulit. 

Cara menanam bunga ruellia yang pertama yaitu anda perlu menyiapkan lokasi ideal sebagai media tanam, yakni area yang terpapar sinar matahari penuh.

Untuk perawatannya, jangan lupakan pemberian air dan juga pupuk jenis fosfor. Lakukan pula pemangkasan daun apabila sudah memudah dan tua. Hal ini dilakukan agar bunga yang dihasilkan terlihat lebih cantik.

Sementara itu, memperbanyak bunga kenca bisa dilakukan melalui biji, divisi akar, maupun stek vegetatif.

Meski sangat mudah ditanam, bunga bunga bermekaran ini hanya bertahan selama kurang lebih tiga hari kemudian layu. Namun anda tidak perlu khawatir, sebab ruellia akan segera kembali berbunga. 

Sehingga keberadaan dari bunga kencana ini akan terus terlihat sepanjang tahun, baik sebagai tanaman hias di rumah maupun untuk dimanfaatkan sebagai obat herbal.

 

 

 

 

 

 

 

 







SNAKEPLANT/POKOK LIDAH JIN

photo_2021-10-01_16-03-06
Snakeplant/ Pokok Lidah Jin



BIASA bukan tengok pokok ini yang lazimnya ditanam di dalam atau di luar bangunan oleh kebanyakan masyarakat di negara ini? Bentuknya yang kuat, bertekstur hijau dan memanjang terlihat cantik dan terawat.


Tambahan pula nak raya ini, ramai yang mencari pokok indoor bagi menghias rumah. Pokok tegak berdiri ini pun sebenarnya mampu menggamit pandangan.


Kelibatnya di sudut-sudut rumah atau ruang pejabat dan premis memang boleh menghidupkan suasana kehijauan hingga rasa nyaman.


Pokok lidah mentua (mother in law’s tongue) yang mana nama saintifiknya merupakan sansevieria spp atau dikenali juga dengan nama pokok lidah jin, lidah hantu, lidah ular, ia merupakan pokok yang tergulung dalam genus Dracaena.


Menurut perkongsian Jabatan Pertanian dalam laman web www.doa.gov.my/, terdapat lebih 70 jenis spesies pokok tersebut dengan mempamerkan daun yang pelbagai corak berbentuk pedang dengan bermuncung tirus.


Pokok ini sangat mudah ditanam dan tahan lasak serta tidak memerlukan cahaya yang banyak. Boleh juga ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman (in-door).


Pokok ini tidak memerlukan air yang banyak kerana akarnya mudah reput. Kebiasaan pokok ini ditanam sebagai penghias rumah, namun kegunaan perubatan pada tumbuhan ini sangat menakjubkan.


"Ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). Antara lain kegunaannya untuk mengubati flu, batuk, radang (bronchitis), bengkak akibat terseliuh, bisul dan penyubur rambut.


Tumbuhan ini bersifat sejuk, berkhasiat antibiotik dan masam rasanya. Ini kerana daunnya yang kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.
"Kajian yang telah dibuat oleh pusat penyelidikan tempatan mengakui bahawa pokok lidah mentua mampu menjadi kologen kepada kesihatan kulit," kongsi laman web berkenaan.

Buang toksik

Dalam pada itu, kongsi Jabatan Pertanian dalam laman tersebut lagi, pokok lidah mentua juga bertindak sebagai pembersih udara yang baik

Ia membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara sehinggakan ia juga digelar sebagai penawar sindrom bangunan sakit.

Pokok ini juga menghasilkan oksigen di waktu malam, menjadikannya sesuai ditanam dalam bilik tidur.

Menarik bukan? Padanlah ramai yang suka tanam pokok itu di rumah rupanya.

Bagaimanapun ada bahayanya pada fizikal tumbuhan ini terutamanya jika anda mempunyai anak kecil di rumah. Daunnya yang keras dan panjang itu dikhuatiri boleh tercucuk pada anggota badan si kecil yang lazimnya suka bermain.

Tambahan pula biasanya ia ditanam dalam pasu. Kalau ditarik anak kecil, hujung daunnya yang tajam terkena mata atau pasu yang berat tertimpa kaki dan sebagainya boleh mengundang bahaya pula.

Justeru pastikan anda meletakkan pokok dan pasu tumbuhan tersebut di tempat selamat, terutamanya jika di dalam rumah yang mempunyai anak kecil.

Disusun Popmama.com, inilah beberapa hal yang harus diperhatikan saat memelihara lidah mertua di rumah:

1. Tanaman ini perlu sinar matahari

Lidah mertua adalah tanaman yang memerlukan sinar matahari. Usahakan untuk memberikan sinar matahari yang cukup setiap hari.

Meski berada di dalam ruangan, pastikan untuk menaruhnya dekat jendela atau pintu di mana bisa tersinar dengan baik.

Itu disebabkan seperti kebanyakan tanaman, memerlukan anugerah alam itu untuk bertumbuh.Jika sinar mataharinya cukup, maka lidah mertua bisa tumbuh dengan cantik dan segar.

 Dengan begitu, kemampuannya untuk memproduksi oksigen serta menarik zat beracun dari udara pun akan jadi lebih maksimal.

2. Bersihkan daunnya dari debu

Lidah mertua merupakan tanaman dengan daun tebal dan keras. Oleh karena itu, debu senang menempel di sana.

Mungkin awalnya tidak akan mudah terlihat. Namun jika didiamkan selama beberapa saat, debu akan menempel dan menompok di daun-daunnya.

Selain bisa mengganggu pemandangan, debu ini bisa menjadi lengket dan jadi sumber tumbuhnya jamur yang akan merosakkan tanaman.

Pastikan untuk meluangkan waktu untuk mengelap daun-daun lidah buaya dengan kain basah secara berkala.

3. Tidak perlu menyiramnya setiap hari

Tanaman hias yang satu ini banyak dipilih karena perawatannya yang mudah.

Salah satunya adalah tidak perlu menyiramnya setiap hari. Dalam seminggu, bahkan bisa menyiramnya hanya seminggu sekali jika udara sedang lembab.

Namun jika udara sedang panas atau musim kemarau, siramlah dua atau tiga kali seminggu.

Yang paling penting adalah melihat kondisi tanahnya. Jangan sampai terlalu basah atau terlalu kering. Itu kerana ia boleh membuat tanaman ini jadi mudah busuk dan berjamur.

4. Berikan baja dengan kadar nitrogen tinggi

Pemberian baja juga penting untuk menjaga tanaman agar tetap sihat dan subur. Untuk tanaman lidah mertua, pupuk yang baik untuknya adalah yang memiliki kandungan unsur hara makro dan mikro.

Serta, baja yang digunakan juga harus memiliki kandungan nitrogen (N) yang lebih tinggi dibanding kandungan kalium (K) dan fostat (P). Baja terbaik adalah jenis yang slowrelease.

Namun jika ingin sepenuhnya alami, tanaman lidah mertua juga bisa menggunakan baja kompos. Untuk rentang waktu pemberian kompos adalah setiap tiga bulan sekali.

Sumber :( https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/pokok-lidah-mentua-bagus-sebagai-pembersih-udara-semula-jadi-tapi-bahayanya/  )







COLEUS/POKOK ATI-ATI

pokok ati-ati (2)
Pokok Ati- Ati




 Pengenalan

Pokok ati-ati sangat terkenal di Malaysia sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai dua warna berlainan yang menyerlahkannya. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika iaitu Asia, Australia, Filipina, Kepulauan Melayu dan Afrika. Pokok ati-ati mempunyai banyak khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. Jom kita mendalami dengan lebih lanjut berkaitan pokok ini.


Ciri-ciri

Pokok ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang cantik dan mempunyai daun yang unik dengan kombinasi satu atau beberapa warna. Warna yang terang dan ceria menjadi tarikan serta sesuai dijadikan tanaman landskap. Pokok ati-ati yang telah matang akan menghasilkan bunga kecil dalam satu jambak. Lazimnya bunga berwarna biru atau putih. Daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan mempunyai tekstur daun yang agak kasar. Pangkal daun berbentuk bulat manakala bahagian apeks menirus. Bahagian margin pula bergerigi dan tidak sekata. Akar, daun dan batang ati-ati mempunyai kandungan saponin, manakala bahagian akar mengandungi flavanoid. Ketinggian pokok ati-ati sehingga tiga meter. Tumbuhan herba ini tumbuh secara menegak dan mempunyai banyak cabang.


Spesies

Terdapat 6 spesis utama pokok ati-ati yang sering dijumpai iaitu 

  • C. blumei,
  • C. amboinicus,
  • C. forskonii,
  • C. pumilus,
  • C. barbatus dan juga 
  • C. pumilla.

Ia juga turut dikenali sebagai ‘pokok nilam’ atau pokok ‘bangun-bangun’.

Kegunaan

Merawat Penyakit Asma

Penyakit asma boleh dirawat menggunakan beberapa helai daun ati-ati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Daun ati-ati perlu diramas bersama kapur sirih sehingga lumat dan disapukan pada dada sebelum tidur. Kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan merebus daun ati-ati bersama dua cawan air dan dicampurkan dengan sedikit gula batu.

Tanaman Hiasan

Kebiasaannya pokok ati-ati dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana warnanya yang cantik dan pelbagai seperti warna hijau dan ungu serta campuran merah jambu dan hijau.

Merawat Luka 

Lazimnya daun ati-ati digunakan bagi merawat luka atau lecur akibat air panas. Daun yang matang ditumbuk sehingga lumat dan disapukan pada tempat luka. Ia perlu dilakukan beberapa kali sehingga luka sembuh.

Mengatasi Masalah Haid Dan Keputihan

Daun ati-ati yang telah ditumbuk sehingga hancur juga dapat mengatasi masalah haid yang tidak teratur dalam kalangan wanita. Di samping itu, jus daun ati-ati membantu masalah keputihan dan merawat dalaman wanita. Campuran daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi yang direbus sehingga mendidih dan airnya diminum membantu mengecutkan rahim.

Merawat Batuk

Daun ati-ati membantu merawat batuk terutamanya bagi orang dewasa. Beberapa helai daun akan ditumbuk sehingga lumat dan dicampuri dengan air lalu ditapis dan diminum dua kali sehari.

Penanaman

Pokok ati-ati dibiakkan melalui dua cara iaitu melalui keratan batang dan jalaran akar. Keratan batang bunga ati-ati dipotong mengikut saiz 15-20 cm bergantung kepada spesiesnya. Kebiasaannya, ruas ditanam ke dalam tanah bagi mempercepatkan proses pembiakan. Tanah perlu dipadatkan untuk menyokong tumbesarannya. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup agar daunnya lebih cantik dan menyerlah.

Tumbuhan ini mempunyai batang dan daun yang lembut yang memerlukan air yang banyak bagi mengelakkan pertumbuhannya terbantut jika tanah kering atau kekurangan humus. Ketika kemarau, pokok ati-ati perlu disiram dua kali sehari bagi mengekalkan kelembapannya. Namun begitu, air tidak boleh bertakung kerana ia akan menyebabkan akarnya reput dan mati.

Tumbuhan ini memerlukan medium yang mengandungi bahan organik yang tinggi bagi membantu proses pertumbuhan dan pengakaran yang baik. Medium yang digunakan mengikut nisbah satu beg tanah bakar dan dua beg tanah kompos. Ia memerlukan baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi proses pertumbuhan pokok tersebut.

Pokok ati-ati yang telah matang akan menghasilkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah itu, proses mengeluarkan daun muda akan terhenti. Tumbuhan ini memerlukan air yang agak banyak dan memerlukan siraman dua kali sehari pada musim kemarau bagi mengekalkan kesegarannya. Namun begitu, tumbuhan ini memerlukan saliran yang baik dan perlu sentiasa diperiksa agar air tidak bertakung kerana ia boleh mengakibatkan akarnya menjadi reput.

Sumber : ( https://rootofscience.com/blog/2021/biologi/pokok-ati-ati-spesies-ciri-ciri-dan-kegunaan/   )









KELADI ULAR /BIRAH/ALOCASIA LONGILOBA

Keladi Ular/ Birah / Alocasia Longiloba Keladi birah hitam atau juga dikenali sebagai keladi birah kijang, birah kilang, keladi ular, kelad...