BUNGA PUKUL LAPAN (Turnera sabulata) atau BUNGA LIDAH KUCING merupakan sejenis bunga tempatan yang mudah ditanam yang juga dipanggil dengan nama Tunera ulmifolia "Elegants", White Alders dan Turnera. Ia juga merupakan tumbuhan jenis renek iaitu dari keluarga Turneraceae. Hipotesis saya ia mendapat nama 'Bunga Pukul Lapan' kerana bunganya akan mesti keluar pada pukul lapan pagi setiap hari dan akan kuncup pada waktu tengahari dan keluar balik esok paginya dan kuncup semula mengikut waktu khusus.
Mengapa ia bersifat begitu hanya Allah Taala penciptanya sahaja yang tahu. Pada saya waktu tersebut merupakan 'waktu bekerja' paling aktif bagi manuisa dan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Waktu tersebut juga amat jarang manusia tidur. Nama lain yang ada diberikan adalah Bunga Lidah Kucing kerana mungkin kelopaknya seakan berbentuk seperti lidah kucing. Begitukah rupabentuknya?. Tanaman bunga hiasan ini kurang popular ditanam dikalangan peminat tanaman ornamental kerana ia dikatakan kurang mempunyai nilai komersil dan sering dijadikan tanaman pagar sahaja.
Dalam keadaan semulajadi sebenarnya bunga ini merupakan jenis tumbuhan liar dengan bunga yang cantik berwarna kuning keputihan terang ketika ia mekar (Sila lihat foto diatas). Dalam kita hendak menanam bunga ini boleh dilakukan dengan amat mudah dengan menggunakan keratan batang sahaja. Saya dapati belum ada pendaftaran varieti-varieti bunga ini dibuat dalam Senarai varieti tanaman Jabatan Pertanian (National variety listing) sehingga artikel ini ditulis. Artikel petang ini saya menulis lagi yang ke 2,960 dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bunga pukul lapan atau bunga lidah kucing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.
Bunga pukul lapan umumnya tumbuh dalam keadaan semulajadi secara berkelompok. Tumbuhan yang mungkin berasal dari Hindia Barat ini boleh dijumpai tumbuh pada tanah rendah diantara 10 - 250 meter dari paras laut diatas tanah yang sesuai. Lazimnya aia tumbuh dikawasan atau tempat-tempat yang banyak sinaran matahari atau sedikit naungan. Penulis mendapati pokok bung ini adalah jenis herba yang tumbuh dengan menegak dengan mempunyai banyak cabang dan batang berkayu. Ia mempunyai jenis akar tunjang yang panjangnya 0.3 - 0.8 meter dalam tanah bergantung kepada keadaan tanah dan umur pokok.
Apa yang saya fikir unik mengenai pokok ini adalah cara ia berbunga. Bunga Pukul Lapan ini akan mekar sekitar pukul 8 pagi dan layu sekitar pukul 12 tengahari. Selepas bunga ini berkembang kemudian akan layu semula pada waktu petang dan malam atau bunga yang tua ia akan gugur. Esoknya ia akan kembang semula pada waktu yang sama. Apakah agaknya faktur-faktur yang mengawal bunga ini berkembang hanya dari jam 8 pagi hingga 12.00 tengahari?. Saya fikir adalah peredaran matahari (sun) kerana mungkin terdapat korelasi antara pokok ini dengan masa peredaran matahari.
Satu cara pembiakan paling mudah adalah dengan menanam gunakan dengan biji walau kaedah keratan batang juga mudah dilakukan. Pembiakan dengan cara keratan batang dimana bahagian hujung batang yang dipotong diletak dalam air dahulu. Kemudian ranting yang berdaun yang diletak hormon penggalak akar dan di tanam dalam medium pasir sungai sehingga ia berakar. Anakbenih berakar boleh ditanam diatas tanah dengan jarak 1m x 1m sehingga pokok tumbuh. Pastikan kawasan tanaman bunga pukul lapan ini bersaliran baik dan tanahnya sedikit berpasir. Sebaiknya kawasan tanaman adalah terdedah kepada cahaya matahari yang banyak.
Kalau kita sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit disepanjang laluan utama jalanraya di Malaysia, anda akan nampa bunga pukul lapan ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. Saya dapati dengan adanya tumbuhan ini ulat tersebut akan mempunyai sumber makanan tersendiri dimana ini dapat mengelakkan anak kelapa sawit dari serangan ulat tersebut. Dalam laporan lain saya dimaklumkan bahawa tanaman bunga pukul lapan ini dapat menghalang serangan babi hutan (wild boar) kerana bau yang dikeluarkan bunga ini memang babi hutan tidak suka.
Dalam membuat benyak pembacaan, saya dapati bunga pukul lapan ini mengandungi bahan Saponin dan Polifenol. Bahagian daunnya juga mengandung banyak bahan Flavonoid. Pernah dibuat kajian dimakmal bahawa bunga pukul lapan mempunyai rasa yang pahit, pedas dan ada dikatakan sifatnya 'hangat'. Oleh itu terdapat usaha untuk menjadikan bunga pukul lapan ini sebagai makanan berkhasiat seperti 'Tonik' yang mampu melancarkan aliran darah. Oleh itu bahagian bunga yang digunakan sebagai ubat adalah daun dan akarnya.





No comments:
Post a Comment